fbpx

13 penghuni Medan 88 dikesan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

SEPANG – Seramai 10 lelaki dan tiga wanita yang melarikan diri daripada kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Medan 88, Bandar Baru Salak Tinggi berjaya dikesan semalam.

Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata, polis menerima maklumat daripada ahli keluarga dan rakan serumah bagi mengarahkan mereka pulang dan membuat ujian saringan Covid-19.

Wan Kamarul Azran berkata, setakat pukul 9 malam semalam, seramai sembilan warga asing dan empat rakyat tempatan yang juga adalah penduduk dari Sabah pulang ke kediaman masing-masing.

Katanya, enam warga asing yang kembali itu bekerja sebagai pembantu di kedai perkakasan terdiri daripada lima warga Indonesia dan seorang warga Myanmar.

Menurutnya, tiga warga Thailand turut pulang ke rumah mereka bagi menjalani ujian saringan Covid-19.

“Polis akan mempertingkatkan usaha bagi mengesan penduduk yang hilang di samping mengharapkan bantuan orang ramai bagi menyalurkan maklumat,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Kosmo! hari ini melaporkan sebanyak 400 penduduk Medan 88 Bandar Baru Salak Tinggi gagal dikesan pada hari pertama pelaksanaan PKPD.

PKPD di kawasan itu diumumkan Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sehingga 25 November membabitkan 88 unit rumah kedai, 284 premis dan seramai 800 penduduk. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI