fbpx

Jumlah keluar mengundi bawah 10 peratus setakat 9 pagi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebahagian pengundi yang hadir untuk membuang undi di Pusat Mengundi Bukit Antarabangsa, Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Keramat hari ini. - Foto oleh AMIR KHALID / KOSMO!

PUTRAJAYA – Peratusan jumlah keluar mengundi bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri masing-masing melibatkan Kedah, Pulau Pinang, Selangor, Negeri Sembilan, Terengganu dan Kelantan dilaporkan bawah 10 peratus setakat 9 pagi tadi.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berkata, peratusan keluar mengundi bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Terengganu turut merekodkan sebanyak 10 peratus setakat 9 pagi.

“Di Kedah peratusan dicatatkan ialah 10 peratus, manakala Kelantan (8 peratus), Terengganu (10 peratus), Pulau Pinang (10 peratus), Selangor (10 peratus) dan Negeri Sembilan (9 peratus),” katanya tadi.

Hari ini, seramai 9,674,456 pengundi akan mengundi bagi menentukan kerajaan negeri di enam negeri, manakala bagi Parlimen Kuala Terengganu pula seramai 122,160 orang.

Pengundi dinasihatkan tidak keluar mengundi pada saat-saat akhir dan mengikut jadual masa keluar mengundi yang digalakkan seperti mana yang tercatat pada aplikasi MySPR Semak.

Bagaimanapun, pengundi masih boleh keluar mengundi mengikut kelapangan masa dari pukul 8 pagi hingga 6 petang atau mengikut waktu pusat mengundi diwartakan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI