fbpx

Amirudin ke pusat mengundi naik motosikal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Amirudin menaiki motosikal bersama isterinya ketika hadir untuk mengundi di SJK (C) Selayang Baru

SELAYANG – Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari tiba di pusat mengundi bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Tua di SJK (C) Selayang Baru bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) hari ini.

Beliau tiba di pusat mengundi kira-kira pukul 8.25 pagi bersama isterinya, Datin Seri Masdiana Muhamad menaiki motosikal.

Amirudin yang mengundi di saluran tiga kemudian meluangkan masa beramah mesra bersama pengundi-pengundi yang hadir.

Amirudin sebelum ini menyuarakan hasrat agar dapat kekal bertanding di kerusi DUN Sungai Tua pada PRN kali ini.

Menurutnya, beliau mahu meneruskan segala perancangan yang sudah diaturkan di DUN berkenaan memandangkan beliau juga Ahli Parlimen Gombak sebelum ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI