KOTA BHARU – Kerajaan negeri Kelantan mengumumkan hari Ahad atau 13 Ogos ini sebagai Hari Kelepasan Am, sempena Pilihan Raya Negeri (PRN).
Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob, berkata, pengisytiharan itu untuk memberi kemudahan kepada rakyat negeri Kelantan dan petugas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
“Kerajaan negeri bersetuju untuk mengisytiharkan hari Ahad iaitu 13 Ogos ini sebagai Hari Kelepasan Am (cuti peristiwa) bagi negeri Kelantan,” katanya. – KOSMO! ONLINE