fbpx

PRN: Kedah umum Ahad cuti peristiwa jika PN menang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan - Foto SHAHIR NOORDIN

ALOR SETAR – Kerajaan Negeri Kedah mengumumkan cuti peristiwa pada Ahad ini sekiranya Perikatan Nasional (PN) memenangi Pilihan Raya Negeri (PRN) seterusnya membentuk kerajaan, esok.

Pemakluman itu dibuat oleh Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor menerusi kenyataan, di sini malam ini.

“Makluman kepada seluruh rakyat Kedah Darul Aman yang dikasihi. Kerajaan negeri akan mengumumkan cuti peristiwa pada Ahad jika PN berjaya membentuk kerajaan pada 12 Ogos,” katanya.

Kempen PRN selama dua minggu berakhir tengah malam ini setelah proses penamaan calon dilakukan pada 29 Julai lalu di semua 36 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Kedah.

PN bertanding di semua kerusi, manakala Pakatan Harapan (PH) menampilkan 21 calon dan Barisan Nasional (BN) 15 calon. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI