fbpx

Cuti peristiwa PRN Negeri Sembilan diketahui malam esok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Aminuddin.

SEREMBAN – Cuti peristiwa sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan hanya akan diumumkan selepas keputusan pilihan raya itu diketahui, malam esok.

Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun berkata, setakat ini perkara tersebut belum lagi dibincangkan.

“Cuti tidak boleh diumumkan sekarang, saya akan umumkan esok selepas keputusan keluar, tiada dibincangkan.

“Negeri lain umum tidak mengapa, namun Negeri Sembilan insya-Allah esok, selepas keputusan keluar, tunggu esok,” katanya kepada pemberita selepas menunaikan solat Isyak berjemaah di Surau Jalan Tuanku Kurshiah di Sikamat, di sini malam tadi.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari, hari ini mengumumkan Isnin depan sebagai cuti peristiwa sekiranya gabungan Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) menang dalam PRN di negeri itu, esok.

Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar turut mengumumkan hari Ahad sebagai cuti peristiwa sempena PRN.

Sementara itu, Aminuddin yang juga Pengerusi PH Negeri Sembilan berharap peratusan keluar mengundi esok tinggi dan meminta pengundi untuk keluar lebih awal menunaikan tanggungjawab mereka. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI