fbpx

Kempen 44-1, ABN berjaya gugat Pas di Kelantan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Puad.

PETALING JAYA – Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Mohd. Puad Zarkashi menyifatkan naratif kempen 44-1 dan Asal Bukan Nik Amar (ABN) di Kelantan kini berjaya mengugat kedudukan Pas di Kelantan.

Buktinya, kata Mohd. Puad, Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan terpaksa mengumumkan bahawa Kelantan akan mendapat Menteri Besar dan Timbalan Menteri Besar baharu sekiranya parti itu dipilih sekali lagi.

Ini kerana katanya lagi, Timbalan Menteri Besar itu dianggap liabiliti kepada Pas.

“Tolak satu itu ialah tolak Nik Amar. ABN bawa maksud Asalkan Bukan Nik Amar. Baik ceramah mahu pun TikTok semua ‘attack’ (serang) Nik Amar.

“Ada TikTok anak muda kata, dia malu jawapan Nik Amar tentang masalah air,” ujarnya.

Mengulas lanjut, Mohd. Puad menambah pengumuman Takiyuddin itu juga menjadi bukti Kelantan gagal ditadbir dengan efisien.

“Sebab itu perlu pertukaran MB dan Timbalan MB. Pas terpaksa bertindak sebelum terlambat, tetapi nasi sudah jadi bubur,” katanya.

Terdahulu, Kosmo! melaporkan Pas akan mengemukakan tawaran gabungan kepimpinan baharu bagi jawatan Menteri Besar dan Timbalan Menteri Besar di Kelantan.

Takiyuddin berkata, gabungan tersebut terdiri daripada tokoh agamawan dan teknokrat, tertakluk kepada mandat rakyat dan ampun perkenan Sultan Kelantan.

Tambahnya, keputusan tersebut selaras dengan keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Harian Pas Pusat di Rusila, Terengganu, semalam, yang dipengerusikan Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI