fbpx

Anwar terima kunjungan Menteri Luar China

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar ketika menerima kunjungan Menteri Luar China, hari ini.

PETALING JAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima kunjungan hormat Menteri Luar China, Wang Yi, hari ini.

Wang Yi sedang mengadakan lawatan ke Malaysia dalam usaha meningkatkan kerjasama pertahanan dua hala.

Menurut Anwar, turut hadir Menteri Luar, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir dan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Tiong King Sing.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Chang Lih Kang serta Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow juga hadir.

“Sayugia, pertemuan itu menandakan kepentingan hubungan perdagangan dua hala antara kedua-dua negara, yang menyaksikan China kekal sebagai rakan dagang terbesar Malaysia sejak 2009 dengan jumlah perdagangan sebanyak AS$110.6 bilion (RM488 bilion) pada 2022.

“Arkian dari segi pelaburan pula, China merupakan pelabur langsung asing terbesar di Malaysia pada tahun lepas dengan pelaburan berjumlah AS$12.5 bilion (RM55.16 bilion),” katanya dalam satu hantaran di Facebook, hari ini.

Anwar berkata, jumlah eksport ke China meningkat 9.4 peratus kepada RM210.62 bilion pada 2022, manakala import dari China menyaksikan peningkatan 20.7 peratus kepada RM276.50 bilion pada tahun sama.

Jelas beliau, tahun ini adalah ulang tahun ke-10 Perkongsian Strategik Komprehensif Malaysia-China dan kedua-dua negara juga akan menyambut ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik tahun depan.

“Menandakan persahabatan yang lama terjalin dan kerjasama mantap dalam pelbagai sektor. Moga hubungan kedua-dua negara ini terus kekal utuh dan harmoni, insya-Allah,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI