fbpx

Krisis Poland-Belarus semakin meruncing

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tentera Poland dipindahkan dekat sempadan Belarus bagi menakut-nakutkan pihak penceroboh supaya tidak menyerang negara itu. - Foto Twitter/@mblaszczak

WARSAW, Poland – Poland yang merupakan anggota Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) akan mengerahkan beribu-ribu anggota tentera tambahan ke sempadannya dan Belarus ketika ketegangan di rantau berkenaan semakin meruncing, lapor portal berita RT kelmarin.

Pertahanan Poland, Mariusz Blaszczak ketika bercakap kepada stesen penyiaran awam, Radio Polskie, menyatakan, pihaknya memindahkan askar lebih dekat ke sempadan Belarus bagi ‘menakut-nakutkan penceroboh supaya tidak berani menyerang kami’.

Beliau berkata, keselamatan di kawasan sempadan akan diperkukuh oleh 10,000 anggota tentera dengan 4,000 ditugaskan untuk menyokong Pengawal Sempadan secara langsung, manakala 6,000 lagi berada dalam pasukan simpanan.

Blaszczak juga menyelar Belarus dengan mengulangi tuduhan bahawa dua helikopter negara itu menceroboh ruang udara Poland pada minggu lalu dan menganggap insiden tersebut sebagai provokasi.

Bagaimanapun, Belarus menafikan tuduhan Poland dengan menyatakan bahawa pihaknya telah memberikan butiran terperinci mengenai insiden itu kepada Warsaw.

“Semua yang berlaku di Belarus diselaraskan dengan tindakan Russia,” kata Blaszczak.

Sejak beberapa minggu kebelakangan ini, Warsaw memberikan amaran tentang percubaan pendatang tanpa izin menyeberangi sempadan Belarus untuk memasuki Poland secara haram.

Warsaw juga memberi amaran tentang cubaan askar upahan Wagner untuk menyusup masuk ke Poland

Ramai askar upahan Wagner berpindah ke Belarus selepas terlibat dalam percubaan pemberontakan singkat menentang Kementerian Pertahanan Russia pada Jun lalu.

Dalam pada itu, Menteri Pertahanan Russia, Sergey Shoigu mendakwa bahawa Warsaw sedang berusaha untuk membina tentera paling berkuasa di Eropah yang menurut pegawai-pegawai Poland kini berjumlah sekitar 170,000 orang. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI