NAMA Nora Danish sekali lagi menjadi bualan ramai selepas dia memuat naik video dan foto berimej baharu iaitu dengan potongan berambut pendek.
Potongan rambut tersebut membuatkan pelakon filem Polis Evo itu kelihatan lebih muda daripada usia sebenarnya iaitu 41 tahun.
Imej baharu itu meraih pujian ramai sehingga ada yang menggelarnya sebagai ‘vampire’ (puntianak) kerana kecantikannya tidak dimamah dek usia!
“Nora pakai produk yang undurkan usia ke?” komen netizen.