fbpx

Hampir seluruh negara dilanda hujan lebat petang ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Hujan lebat, ribut petir dan angin kencang dijangka melanda hampir seluruh negara termasuk Sabah serta Sarawak sehingga lewat petang, hari ini.

Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) menerusi laporan cuaca di Facebook memaklumkan, antara kawasan berisiko adalah di Kedah (Padang Terap, Sik dan Baling) serta Hulu Perak, Perak.

Selain itu, di Pantai Timur, cuaca buruk sebelah petang hari ini tertumpu seluruh negeri Kelantan serta beberapa kawasan di Terengganu seperti Besut, Setiu, Kuala Nerus, Hulu Terengganu, Kuala Terengganu, Marang dan Dungun.

“Di Pahang melibatkan Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub dan Bentong) serta di Selangor (Kuala Selangor, Hulu Selangor, Klang, Gombak, Petaling dan Hulu Langat).

“Hujan lebat serta ribut petir turut dilaporkan melanda seluruh kawasan Kuala Lumpur, Negeri Sembilan (Jelebu dan Jempol) dan beberapa bahagian negeri Sarawak melibatkan Kuching, Sibu (Selangau), Mukah (Mukah), Kapit (Kapit dan Belaga) dan Bintulu (Tatau dan Sebauh),” jelas MetMalaysia.

Tambahnya, cuaca buruk sebelah petang ini juga meliputi sebahagian daerah di Sabah, antaranya Tawau (Kunak dan Lahad Datu) dan Sandakan (Tongod dan Kinabatangan). – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI