fbpx

Penyelia syarikat kitar semula didakwa tipu beli besi buruk

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TERTUDUH diiringi anggota polis selepas didakwa di Mahkamah Majistret Ayer Keroh, Melaka. Foto oleh MUHAMMAD SHAHIZAM TAZALI/KOSMO!

MELAKA – Seorang penyelia syarikat kitar semula dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas pertuduhan menipu pembelian besi buruk tidak wujud membabitkan kerugian berjumlah RM75,000, dua tahun lalu.

Tertuduh, Low Han Zhou, 37, bagaimanapun mengaku tidak bersalah sejurus pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa mahkamah di hadapan Majistret Sharda Shienha Mohd. Suleiman.

Mengikut kertas pertuduhan, tertuduh didakwa memperdayakan Chai Yoon Khee, 58, dalam urusan pembelian besi buruk dengan mempercayai ia wujud dan dengan curangnya mendorong mangsa membuat bayaran berjumlah RM75,000.

Kesalahan itu dilakukan di Public Bank cawangan Ayer Keroh, Lorong Setia 1, Air Keroh Heights dalam daerah Melaka Tengah pada Februari 2021.

Sabit kesalahan tertuduh boleh dipenjara tidak kurang satu tahun dan maksimum 10 tahun dan dengan sebatan dan boleh dikenakan denda mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Terdahulu, pendakwan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nor Asnini Kamarudin mencadangkan jaminan RM15,000 dengan seorang penjamin.

Peguam Darren Ee dan Kin Chung yang mewakili tertuduh merayu jaminan rendah dengan alasan tertuduh sudah berkahwin dan memiliki tiga anak yang masih kecil selain menjaga bapa yang menghidap sakit pinggang kronik.

Setelah mendengar hujah kedua-dua pihak, mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM5,000 dan menetapkan 20 September depan untuk sebutan semula kes. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI