fbpx

Tiada lagi toleransi kepada penunggang agama selepas 12 Ogos – Anwar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar ketika berucap pada program Grand Finale Kita Selangor di Padang MPAJ AU2, hari ini. - Foto oleh MUHAMAD IQBAL ROSLI

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan beliau tidak akan lagi bertolerasi dengan segelintir pemimpin yang ‘menunggang’ agama demi kepentingan peribadi selepas 12 Ogos ini.

Anwar yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) berkata, perkara itu sudah dibincangkan bersama kedua-dua Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Fadillah Yusof.

Menurutnya, beliau tidak boleh menerima apabila seseorang yang digelar sebagai tok guru termasuk mereka yang berada dalam ‘parti Islam’ secara terang-terang menipu dan menghasut.

“Ini bukan soal politik, saya tidak peduli dia sokong apa, parti mana pun tetapi dia tunggang agama, permainkan hukum dan fitnah yang besar.

“Ini orang-orang luar tabii nak hukum, nak kafirkan orang yang tak sokong dia (katakan) masuk neraka, musuh Allah.

“Saya nak bagitahu malam ini, selepas 12 Ogos, Perdana Menteri ini jika kamu sokong (menangkan pilihan raya) tidak akan bertoleransi dengan perkara mengarut ini,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Program Grand Finale Kita Selangor di Padang Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) AU2, di sini hari ini.

Anwar berkata, negara ini mesti selamat dan juga perlu menyantuni semua lapisan masyarakat.

“Ya Islam agama Persekutuan, ya kita tingkatkan kefahaman Islam, kita tingkatkan penguasaan dan matapkan martabat Bahasa Melayu sebagai bahasa perantaraan dan bahasa ilmu.

“Kita jamin hak keistimewaan Melayu dan bumiputera, kita muliakam dan pertahankan kedualatan Raja-Raja Melayu, tetapi jangan kita hina anak-anak Malaysia daripada mana-mana kaum.

“Setiap rakyat baik Dayak, Cina, India, semua itu keluarga kita dan kita kena pertahankan,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI