fbpx

Shereen ada potensi podium di Hangzhou

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SHEREEN (depan) mungkin mengambil bahagian dalam tiga acara pada Sukan Asia Hangzhou bulan depan.

SEPERTI dijangka, bintang olahraga negara, Shereen Samson Vallabouy akan mengambil bahagian dalam acara 200 meter (m) wanita pada temasya Sukan Asia Hangzhou di China bulan depan.

Perkara itu diumumkan oleh Majlis Olimpik Malaysia (MOM) selepas mendedahkan senarai atlet dan acara-acara sukan bakal disertai kontinjen Malaysia pada temasya yang bermula 23 September hingga 8 Oktober itu.

Menariknya, Shereen bukan sahaja akan beraksi acara kegemarannya, 400m tetapi juga disenaraikan dalam 200m bersama ratu pecut negara, Zaidatul Husniah Zulkifli selain turut membarisi kuartet 4x100m menerusi kenyataan MOM kelmarin.

Shereen dan Zaidatul akan membentuk gandingan bersama Azreen Nabila Alias, Nur Afrina Batrisyia Mohamad Rizal dan Nur Aishah Rofina Aling, manakala seorang lagi anggota kuartet, Nor Sarah Adi akan fokus sepenuhnya kepada acara lompat bergalah.

Ia bukanlah satu kejutan dan sememangnya layak berdasarkan kejayaan Shereen memecahkan rekod 200m kebangsaan 23.37 saat (s) berusia 25 tahun dilakukan legenda olahraga, G. Shanti di Fukuoka, Jepun pada 1998.

Shereen yang juga pemegang rekod 400m kebangsaan, mencetak masa 23.33s dalam satu kejohanan di Amerika Syarikat (AS) awal minggu ini.

Seandainya Shereen mampu konsisten dengan catatan 23.33s, tidak mustahil atlet dari Ipoh, Perak itu berpeluang mencabar podium jika diukur melalui keputusan final Sukan Asia 2018 di Jakarta-Palembang, Indonesia.

Malah, masa 23.33s milik Shereen itu kurang 0.08s dengan catatan 23.25s dilakukan oleh Li Yuting dari China yang meraih pingat gangsa pada Kejohanan Olahraga Asia 2023 di Bangkok, Thailand bulan lalu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI