fbpx

Juara dunia dapat ‘bye’ pusingan pertama

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AARON (depan) dan Wooi Yik lebih berminat memberikan fokus kepada persediaan mereka menghadapi Kejohanan Dunia di Copenhagen bermula 21 Ogos ini. - AFP

PETALING JAYA – Juara dunia, Aaron Chia-Soh Wooi Yik mahu memberikan fokus kepada persediaan mereka daripada ‘meraikan’ kejayaan awal ke pusingan kedua Kejohanan Badminton Dunia 2023.

Beregu lelaki No.1 negara itu tidak perlu berhempas pulas di pusingan pertama selepas diberikan ‘bye’ pada undian berlangsung di Ibu Pejabat Persekutuan Badminton Dunia (BWF), Kuala Lumpur hari ini.

Bagaimanapun, Aaron-Wooi Yik dijangka berdepan cabaran sukar apabila mara ke pusingan ketiga Kejohanan Badminton Dunia 2023 yang akan berlangsung di Copenhagen, Denmark dari 21 hingga 27 Ogos ini.

Ini kerana pilihan keempat kejohanan itu berpotensi menentang pemenang pingat emas Sukan Olimpik Tokyo 2020 dari Taiwan, Lee Yang-Wang Chi Lin di pusingan ketiga nanti.

“Saya rasa ia bukan perkara yang mudah kerana beregu lelaki adalah kategori yang amat sengit, jadi kami hanya memberikan tumpuan kepada persiapan kami.

“Saya dan Aaron akan memberikan yang terbaik kerana ini adalah kejohanan (dunia),” kata Wooi Yik.

Satu lagi beregu lelaki negara, Ong Yew Sin-Teo Ee Yi yang diletakkan sebagai pilihan ketujuh, turut mendapat ‘bye’, manakala Man Wei Chong-Tee Kai Wun diundi bertemu Lucas Corvee-Ronan Labar dari Perancis di pusingan pertama.

Sementara itu, jaguh perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia diundi bertemu Jonatan Christie dari Indonesia, manakala Ng Tze Young pula bakal berdepan cabaran pemain China, Zhao Jun Peng.

Dua perseorangan wanita negara, Goh Jin Wei pula bertemu Vivien Sandohrhazi dari Hungary, manakala S. Kisona bakal tampil menentang pemain Taiwan, Pai Yu Po di pusingan pertama.

Bagi acara beregu campuran, Goh Soon Huat-Shevon Jamie Lai dan Chen Tang Jie-Toh Ee Wai diberikan ‘bye’ ke pusingan kedua, manakala Tan Kian Meng-Lai Pei Jing bertemu pasangan Maldives, Fathimah Abdul Razzaq-Hussein Shaheed.

Tiga lagi wakil negara di Copenhagen nanti adalah beregu wanita terdiri daripada Pearly Tan-M.Thinaah, Vivian Hoo-Lim Chiew Sin dan Anna Cheong-Teoh Mei Xing. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI