fbpx

Pengasuh wanita babit kes dera kanak-kanak direman 7 hari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kesan lebam di beberapa bahagian badan seorang kanak-kanak lelaki didakwa menjadi mangsa dera pengasuh wanita di sebuah Taman Asuhan Kanak-kanak (Taska) di Jalan Kampung Seronok Nosoob, Penampang. -Foto: Ivan Amirul/KOSMO!

KOTA KINABALU – Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Mohd Zaidi Abdullah memaklumkan pengasuh wanita di Taman Asuhan Kanak-Kanak (Taska) Luyang yang mendera kanak-lanak lelaki berusia empat tahun di Taska berkenaan sudah direman selama seminggu.

Mohd Zaidi berkata, wanita berusia 27 tahun berkenaan direman bermula esok hingga 17 Ogos depan selepas kebenaran reman dikeluarkan Majistret Stephanie Sherron Abbie di Mahkamah Majistret Kota Kinabalu pagi tadi.

“Suspek wanita itu ditahan malam tadi untuk membantu siasatan berhubung kes dera seorang kanak-kanak di sebuah taska di Luyang.

“Siasatan masih diteruskan dan kes kini disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.

“Polis juga setakat ini hanya menerima tiga laporan iaitu menerusi ibu mangsa, pengusaha taska dan pengasuh taska (suspek) yang mendakwa dikasari oleh bapa kanak-kanak terbabit,” katanya ketika dihubungi.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Luyang merangkap Menteri Pembangunan Perindustrian, Phoong Jin Zhe dan Timbalan Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Superintendan Kalsom Idris bersama pegawai serta Jabatan Kebajikan Masyarakat Kota Kinabalu mengadakan lawatan dan tinjauan di taska berkenaan pagi tadi.

Terdahulu, tular video berdurasi dua minit 12 saat memaparkan seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun ditendang, ditampar dan rambut ditarik oleh pengasuh di sebuah taska di Luyang sejak petang semalam.

Lebih memilukan, mangsa ditampar dan dipukul menggunakan pembaris di bahagian muka dan kepala berkali-kali ketika hendak makan.

Insiden itu kemudiannya tular di media sosial hingga menerima kecaman daripada netizen akibat perlakuan pengasuh taska berkenaan dan turut bersimpati dengan nasib mangsa.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI