fbpx

Tarik balik permohonan maaf, Shuib teruskan saman John Dihani

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SHUIB meneruskan saman terhadap seorang lelaki bernama John Dihani atas tuduhan dirinya ahli Freemason yang menyebabkan kematian isterinya, Allahyarham Siti Sarah Raissuddin. - IQBAL ROSLI

KUALA LUMPUR – Pelawak dan usahawan, Shuib meneruskan tuntutan saman terhadap individu bernama Md. Johan Dihani Mohd. Zaidi biarpun lelaki itu menafikan perbuatan menyebarkan fitnah mengaitkannya dengan Freemason.

Kata pemilik nama sebenar Shahmira Muhammad itu, peguamnya sudah menerima surat daripada peguamcara lelaki tersebut pada 10 Julai lalu yang bertindak menarik balik permohonan maaf kepadanya.

“Pada 4 Julai lalu dia membuat permohonan maaf di InstaStory, tetapi 10 hari selepas itu memadam kenyataan tersebut, malah peguam saya menerima surat daripada peguamcaranya membuat penafian.

“Apabila kita hantar surat dan dia nafi, kami teruskan saja prosedur ini. Itu yang dia nak. Dia pun sudah melantik peguamcara,” katanya pada sidang media di Bandar Permaisuri Cheras, hari ini.

Penyampai radio itu menghantar saman kepada peguamcara pengguna akaun Facebook @Johndihani itu menerusi Tetuan Zharif Nizamuddin, semalam.

Shuib turut menegaskan sudah bersedia ‘turun naik’ mahkamah demi mendapatkan keadilan berdepan fitnah yang dilemparkan terhadap dirinya serta Allahyarham isteri, Siti Sarah Raissuddin.

SHUIB menegaskan sudah bersedia ‘turun naik’ mahkamah demi mendapatkan keadilan berdepan fitnah yang dilemparkan terhadap dirinya serta arwah isteri, Siti Sarah Raisuddin. – IQBAL ROSLI

“Jika ada yang kata leceh mahu naik turun mahkamah, hakikatnya saya sudah bersedia untuk proses berkenaan.

“Saya tahu benda begini memakan tempoh panjang tapi demi dia, saya okey. Saya akan adakan masa untuk dia,” kongsi bapa kepada empat cahaya mata itu lagi.

Sementara itu, Syed Afiq Syed Albakri menyatakan writ saman telah diserahkan kepada mahkamah dan hanya menunggu kehadiran serta prosedur selanjutnya.

“Kami akan membuat serahan melalui peguam defendan selepas membuat writ saman (semalam). Setakat ini, itu sahaja perkembangan kes ini,” ulasnya.

Ditanya sama ada akan bersemuka atau menyelesaikan perkara itu sebelum kes berjalan, katanya proses mediasi membabitkan kedua-dua pihak memang antara prosedur awal.

“Kalau ikutkan prosedur mahkamah, kisah saman malu atau apa sahaja kes memang mahkamah syorkan mediasi.

“Itu prosedur biasa kalau boleh semua pihak duduk bincang,” katanya lagi yang turut menjelaskan nilai saman hanya ditentukan selepas pertimbangan membabitkan semua saksi.

Terdahulu, Shuib mengambil tindakan terhadap seorang pengguna media sosial selepas menuduhnya anggota organisasi Freemason, selain didakwa sengaja membiarkan Siti Sarah ditidurkan sebelum meninggal dunia akibat jangkitan Covid-19 dua tahun lalu.
– KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI