ENGGAN mengakui kenyataan, tunang kepada Lucinta Luna, Artem Boltian atau Alan ‘naik hantu’ apabila status jantina pempengaruh Indonesia itu dipersoalkan dalam sebuah audio siar (podcast).
Pasangan sesama jenis yang baru bertunang itu diundang pengacara dan penerbit filem terkenal, Deddy Corbuzier untuk ditemubual bagi program Close The Door siaran saluran YouTube.
Pada program tersebut, hos berusia 46 tahun itu bertanyakan kepada Alan sama ada dia mengetahui status sebenar Lucinta yang merupakan seorang lelaki.
Suasana berubah tegang apabila lelaki asal Ukraine itu terus bersuara mempertahankan insan kesayangannya dengan menegaskan Lucinta dilahirkan sebagai wanita, bukan transgender.
“Tunggu saya nak cakap sesuatu sebab ramai yang beritahu Luna ini lelaki, transgender. Saya nak maklumkan kepada semua bahawa dia dilahirkan sebagai wanita.
“Saya mempercayai bakal isteri saya. Kenapa kamu cakap dia seorang transgender?” luahnya sambil bangun dari tempat duduk.
Nyata Alan yang cuba ditenangkan tunangnya tidak dapat menerima provokasi sedemikian, selain berpendapat mereka diundang untuk membicarakan soal hati serta rencana perkahwinan.
“Kami datang untuk mengungkap isi hati kita, perasaan kita, dan pernikahan nanti,” tambahnya yang dilihat cuba ditenangkan Lucinta.
Dalam paparan video yang kini tular dalam beberapa platform media sosial, model berpangkalan di Thailand itu mendesak Deddy meminta maaf kepada Lucinta.
“Ini kali terakhir kamu kata Luna transgender, kamu harus minta maaf, dia wanita sejak lahir, dia wanita tulen,” katanya.
Sementara itu, Lucinta yang juga pelakon dan penyanyi kedengaran turut memarahi pengacara tersebut tanpa diketahui biji butir yang diucapkan.
Terdahulu, berita pertunangan personaliti popular dengan nama sebenar Muhammad Fatah bersama lelaki tersebut di Bali, Indonesia, baru-baru ini mengundang kejutan.
Majlis pertunangan serba mewah itu dikatakan mendapat restu keluarga kedua-dua belah pihak, namun netizen mempersoalkan tiada tindakan tegas daripada pihak berwajib.
Sebelum ini Lucinta pernah berkahwin dengan seorang lelaki dari Filipina, tetapi hanya bertahan selama seminggu sebelum mereka mengambil keputusan untuk bercerai. – KOSMO! ONLINE
@lucintaluna12 gak usah pada muna gk usah pada sok suci . Gue dah gede dan gue berhak memilih kebahagiaan gue . jujur gue gk suka dengan pertanyaan jebakan batman ini tapi harus gue lurusin biar SEMUA PARA HATERS YANG GAK SUKA GUE SILAHKAN LOE HUJAT , APA YG LOE DPT BUAT HUJAT GUE ? KEPUASAN , MAMPUS2In GUE … HEY LO KLO MO NANGKEP CEPU GUE YG KEDUA KALI KUDU LIAT SEMUA DATA GUE DI NEGARA INDONESIA TERCINTA INI … DI HARI PERNIKAHAN GUE SAH KOK LAKI2 DAN PEREMPUAN… DAN GUE BAKAL GELAR RESEPSINYA DISINI JAKARTA INDONESIA 🇮🇩 #lucintaluna #lucintalunamanjalita #fakebodyy⚠️ #fakesituation⚠️ #artemboltian #alanluna #couplegoals #barbieandken #podcast #deddycorbuzierpodcast ♬ original sound – lucintaluna