fbpx

Scammer makin mengila, unjuran kerugian cecah RM1.2bilion

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

SHAH ALAM – Trend kerugian akibat scammer diunjurkan akan mencecah RM1.2 billion tahun ini.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, jenayah scammer didapati semakin serius dengan menjadi antara perkara dibincangkan dalam mesyuarat jemaah negeri hari ini melalui kertas majlis sosial negara.

Katanya, Polis Diraja Malaysia (PDRM) sentiasa memberikan perhatian serius namun kesedaran orang ramai perlu ada bagi mengelakkan mereka menghampiri atau terjebak menjadi mangsa jenayah tersebut.

“Melihat angka dan unjuran kerugian beri mesej jenayah bentuk baharu (scammer) semakin mengila, membesar dan memangsakan ramai orang.

“Kreativiti mereka tinggi dengan teknologi advance. Malah saya sendiri pun, kalau hari Ahad akan menerima panggilan (scammer) menyamar Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN). Ini bermakna nombor Menteri Dalam Negeri pun dia (scammer) telefon,” katanya pada sidang akhbar selepas menyempurnakan seminar pembangunan sosial dan sahsiah diri di Pusat Konvensyen Ideal (IDCC), hari ini.

Beliau memberitahu, PDRM sentiasa bersifat terbuka dalam menerima sebarang syor dan pandangan daripada pelbagai pihak bagi menangani permasalahan jenayah ini.

Malah, kata beliau, perkara tersebut juga dinyatakannya apabila ada perbincangan dengan kepimpinan tertinggi polis. -KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI