fbpx

City bida bintang West Ham £70 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PAQUETA (tengah) beraksi cemerlang pada musim pertamanya bersama West Ham sejak berhijrah dari Lyon pada Ogos tahun lalu.

LONDON – Juara Eropah, Manchester City dilaporkan telah menghantar bidaan sebanyak £70 juta (RM408.70 juta) untuk mendapatkan khidmat pemain West Ham, Lucas Paqueta.

Difahamkan, pengurus City, Pep Guardiola terdesak untuk menguatkan jentera tengah pasukannya susulan kegagalan menjulang Piala Perisai Komuniti selepas tewas kepada Arsenal baru-baru ini.

Guardiola, 52, merasakan The Citizens memerlukan sekurang-kurangnya satu lagi pembelian jika mahu mengulangi pencapaian menjulang kejuaraan trebel seperti dilakukan musim lalu.

Buat masa ini, City baru membeli seorang pemain tengah menyerang iaitu Mateo Kovacic dari Chelsea, namun dilihat masih belum cukup mengisi kekosongan ditinggalkan Ilkay Gundogan dan Riyad Mahrez.

Biarpun telah mendapatkan Josko Gvardiol dari RB Leipzig untuk menguatkan benteng pertahanan tetapi Guardiola percaya kehadiran Paqueta, 25, mampu menambahkan sengat The Citizens.

Menurut laporan akhbar Brazil, GloboEsporte, West Ham di­jangka menolak tawaran tersebut dengan harapan City meningkatkan bidaan kerana enggan kehilangan seorang lagi aset pen­ting pasukan itu.

Pengurus West Ham, David Moyes tentunya tidak rela kehilangan Paqueta selepas sebelum ini terpaksa menerima hakikat melepaskan kapten, Declan Rice ke Arsenal dengan harga £105 juta (RM613.04 juta).

Sebagai rekod, Paqueta me­nyertai West Ham dari Lyon de­ngan yuran perpindahan bernilai £51 juta (RM297.76 juta) pada Ogos tahun lalu. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI