fbpx

Ibu mentua lumur darah haid, sihir menantu tak restu perkahwinan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Seorang wanita berdepan ujian berat apabila disihir ibu mentuanya dengan cara dilumur darah haid pada badan gara-gara tidak merestui perkahwinan dengan suaminya.

Akibatnya, wanita tersebut berasa sakit seperti terbakar pada kemaluan selain sering keluar air hitam yang busuk.

Itu kisah diceritakan seorang perawat wanita bagi rawatan alternatif menerusi TikTok nurularsyifaalmustaqim berhubung seorang wanita yang juga pesakitnya.

“Ibu mentua bertopengkan iblis. Alim, imej yang warak bukanlah tiket ke syurga. Satu badannya dilumurkan darah kotor atau haid.

“Itulah salah satu cara mentuanya gunakan ilmu hitam terkutuk untuknya. Perkahwinan yang tak direstui, akhirnya hidupnya merana.

“Kemaluan terasa terbakar. Selalu keluar air hitam yang busuk,” katanya menerusi penerangan video dimuat naik semalam.

Pesakit tersebut menceritakan kepadanya bahawa kisah itu bukan rekaan selain disaksikan bapa mentuanya.

“Ustazah saya bukan reka cerita. Bapa mentua saya saksi ibu mentua hampir setiap hari memuja gambar perkahwinan kami yang dilumurkan dengan darah haid yang busuk,” katanya memetik kata-kata wanita itu.

Dalam pada itu, pemilik TikTok itu meluahkan rasa sedih kerana wujud manusia sekejam itu.

“Allahuakbar, subhanallah kenapa ada sezalim ini di muka bumimu ya Allah,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI