fbpx

Pelancong Russia ditangkap curi 35 kilogram makanan hotel

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

ANKARA, Turkiye – Sekumpulan pelancong dari Russia disiasat atas dakwaan mencuri 35 kilogram (kg) makanan dari meja bufet di sebuah hotel di Antalya, Turkiye dan menyembunyikannya di dalam bilik mereka, lapor laman berita VnExpress semalam.

Insiden itu terbongkar apabila pelancong-pelancong tersebut merancang untuk meninggalkan hotel dengan makanan yang dicuri, lapor laman berita DIP.

Kumpulan itu menyembunyikan buah-buahan kering, beberapa kilogram buah epal, makanan ringan, gula-gula, minuman berkarbonat, uncang teh dan produk lain di dalam beg pakaian mereka termasuk mentega dari restoran dengan membungkusnya.

Ia bagaimanapun dihalang oleh pekerja hotel ketika mereka hendak meninggalkan premis tersebut.

Polis sedang bekerjasama dengan hotel untuk menyiasat kes itu. – Agensi 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI