fbpx

K2

Perbezaan dosa buang plastik gula-gula dan sisa toksik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

Kebiasaannya guru-guru menyatakan bahawa membuang sampah adalah dosa kecil. Timbul persoalan, apakah hukum membuang sampah sarap di merata tempat? Adakah wujud perbezaan hukum antara membuang sampah sarap kecil seperti plastik gula-gula dan membuang sampah berbahaya seperti sisa toksik?

JAWAPAN: Hukum dalam syariat Islam terbahagi kepada dua bentuk, iaitu hukum yang jelas dan tidak jelas.
Hukum yang jelas termaktub dalam al-Quran dan al-Sunnah secara terang, mempunyai makna yang satu, mudah difahami oleh manusia dan tidak ada kemungkinan ia menunjukkan makna-makna hukum lain.

Maka, kenyataan hukum yang sebegitu tidak boleh dilakukan fatwa atau ijtihad. Ini berdasarkan kaedah tidak ada ijtihad dalam hukum yang mempunyai nas jelas.

Hukumnya sudah pun jelas seperti hukum solat lima waktu, puasa di bulan Ramadan, mengeluarkan zakat, menunaikan haji, pengharaman pembunuhan tanpa hak, kesalahan zina, minum arak dan mencuri.

Kejelasan ini termasuk tuntutan syariat dalam aspek akhlak seperti bersikap adil, tolong-menolong dalam perkara baik, melakukan hubungan silaturahim, bersikap benar, amanah dan menunaikan janji termasuklah menjaga kebersihan alam ini. Semua ini telah pun jelas dan disepakati oleh para ulama tentang hukum dan tuntutannya.

Maka fatwa atau ijtihad tidak diperlukan kerana manusia dapat memahaminya dengan mudah melalui dalil-dalil dan nas yang jelas.

Islam meletakkan bersuci itu sebagai sebahagian daripada Iman. Hal ini diterangkan dalam sebuah hadis Rasulullah SAW melalui sabdanya:
“Bersuci itu adalah antara ciri-ciri keimanan.”Riwayat Muslim (223)

Oleh yang demikian kewajipan menjaga kebersihan dan kelestarian alam sekitar adalah menjadi tanggungjawab semua manusia.

Malah, bagi yang beriman kepada Allah SWT perlu sedar bahawa ia termasuk dalam etika dan akhlak yang menentukan status keimanannya kepada Allah SWT. Kesedaran ini perlu diterapkan oleh semua individu, bermula daripada diri sendiri, keluarga seterusnya kepada masyarakat.

Tidak kira sama ada membuang sampah sarap seperti plastik gula-gula atau membahayakan seperti sisa toksik, perbuatan tersebut termasuk dalam larangan Allah SWT.

Ia menjadi dosa tidak kira kecil atau besar perbuatan itu kerana boleh mengakibatkan mudarat kepada manusia dan alam sekitar.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI