fbpx

Muhammad Syahril teruja Timbalan Menteri sampaikan lesen B2, D

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hasbi (dua dari kiri) menyampaikan replika lesen B2 dan D kepada Muhammad Syahril (dua dari kanan) di Dewan Tok Tangok, PPD Bachok, Kelantan hari ini. Foto oleh TOREK SULONG/ KOSMO!

BACHOK – Pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2022, Muhammad Syahril Saidi, 18, teruja apabila Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Hasbi Habibollah menyampaikan lesen memandu B2 dan D kepadanya di Dewan Tangok, Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Bachok di sini, hari ini.

Muhammad Syahril yang ketika ini melanjutkan pengajian Program Asasi Pengajian Islam Universiti Malaya (UM), Kampus Bachok mendapat tajaan penuh bagi pengambilan lesen motosikal dan kereta daripada Akademi Memandu Amkist (Amkist).

Menurutnya, peluang bertemu, bersalam dan diberi penghormatan menerima lesen daripada pemimpin negara akan menjadi sejarah dan ingatan dalam hidupnya.

“Saya berterima kasih kepada semua pihak yang membantu dan prihatin selepas kisah saya disiarkan menerusi media massa dan tular di media sosial.

“Syukur, Allah SWT permudahkan jalanan hidup ketika ini. Saya tetap merindui arwah ayah dan ibu tersayang yang tidak berkesempatan melihat kejayaan anaknya ketika ini,” katanya ketika ditemui pemberita selepas Pelancaran MyLesen B2 Peringkat Negeri Kelantan hari ini.

Muhammad Syahril memberitahu, keprihatinan pihak Amkist yang membayar semula caj pengambilan lesen memandu dan menaja keseluruhan proses amat dihargai.

“Ketika ini, saya mengambil pendekatan yang mudah dan selamat dengan tinggal dalam kampus tanpa perlu berulang-alik dengan motosikal meskipun jarak universiti hanya dua kilometer dari rumah. Lesen memandu yang diterima hari ini amat berguna pada masa depan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI