fbpx

Tiada jodoh, tak boleh paksa – Fify Azmi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
FIFY memaklumkan jodoh dengan Nafiez Zaidi sememangnya tiada dan mendoakan yang terbaik buat aktor itu pada masa hadapan.

PETALING JAYA – “Kalau tiada jodoh, tidak boleh paksa.”

Demikian respons pelakon Fify Azmi yang enggan menyalahkan mana-mana pihak termasuk dirinya mengenai perpisahan dengan aktor Nafiez Zaidi.

Bagi pemilik nama penuh Nur Afiqah Mohamed Azmi, 33, dia tidak pernah terbayang untuk melalui fasa putus cinta tetapi tetap percaya dengan takdir yang diaturkan Tuhan buatnya.

“Sejujurnya saya bukan individu yang suka-suka nak putuskan hubungan, semuanya bersebab namun saya tidak sesekali nak buka aib mana-mana pihak walaupun tak jadi kahwin.

“Buat masa sekarang, lebih baik saya ‘move on’ dan fokus pada kerjaya sahaja,” katanya kepada Kosmo! Online hari ini.

Mengenai kenyataan Nafiez yang mengatakan dirinya menangguh perkahwinan sebelum hubungan mereka putus, Fify bagaimanapun enggan mengulas lanjut tentang hal tersebut.

“Saya serius mengenai perkahwinan dan tak mahu mendirikan rumah tangga semata-mata untuk bertukar status sedangkan tanggungjawab yang menanti sangat besar.

“Selain itu, tiada istilah saya tidak puas ‘enjoy’ hidup solo atau berkait dengan imej seksi dan sebagainya.

“Biarlah orang nak cakap apa pun, yang tahu mengenai kebenarannya adalah saya dan dia sahaja. Tambah pula saya bukan jenis suka canang kisah peribadi pada orang ramai,” jelasnya.

Dalam pada itu, bintang filem Wira itu tetap mendoakan yang terbaik buat bekas kekasihnya untuk masa hadapan.

“Walaupun sudah putus, kami tetap berkawan dan hubungan masih baik.

“Saya doakan dia temui kebahagian yang diimpikan. Kalau dia bertemu jodoh dengan orang lain, saya tumpang gembira,” ujarnya.

Hari ini, Kosmo! melaporkan Nafiez mengesahkan hubungan cinta yang dibina dengan Fify sejak dua tahun lalu terlerai sejak Aidilfitri lalu.

Ujarnya, Fify juga menangguhkan perancangan perkahwinan yang sepatutnya berlangsung pada Disember tahun lalu sebelum hubungan mereka semakin renggang dan akhirnya berpisah.

Sebelum ini, hubungan cinta pasangan itu mula dihidu apabila sering mereka menghadiri beberapa acara hiburan dan berkongsi foto berdua dalam Instagram sejak 2021.

Pada Jun 2022, Fify atau nama sebenarnya Nur Afiqah Mohamed Azmi menerima rombongan merisik keluarga Nafiez di Subang Jaya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI