fbpx

Wijnaldum galas tugas kapten

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
WIJNALDUM (kanan) diberi tanggungjawab sebagai kapten Belanda menggantikan Van Dijk yang mengalami kecederaan. – AFP

AMSTERDAM – Bintang Liverpool, Georginio Wijnaldum memainkan peranan dengan baik dalam perlawanan pertamanya sebagai kapten Belanda apabila berjaya mengikat gergasi Eropah, Sepanyol 1-1 pada aksi persahabatan antarabangsa awal pagi semalam.

Wijnaldum yang genap usia 30 tahun kelmarin, diberikan kepercayaan itu menggantikan tugas rakan sepasukannya di Liverpool, Virgil Van Dijk yang terpaksa diketepikan sepanjang musim ini kerana mengalami kecederaan anterior cruciate ligament (ACL).

“Saya menganggap lilitan kap­ten ini sebagai hadiah hari lahir terbaik dalam karier bersama Belanda. Saya sangat bangga kerana diberikan kepercayaan mengemudi pasukan kebangsaan sendiri.

“Bagaimanapun, saya akan menyerahkan tanggungjawab ini kepada Van Dijk sekiranya dia ada bersama kami. Dia lebih layak menggalas tugas sebagai kapten Belanda,” katanya.

Pemain tengah itu cuma ber­aksi selama 45 minit dalam aksi tersebut bagi mengelak daripada mengalami sebarang kecederaan menjelang dua perlawanan pen­ting Liga Negara-Negara Eropah menentang Bosnia-Herzegovina dan Poland minggu depan.

Sebagai rekod, Belanda berjaya bangkit memadam jaringan awal pemain tengah Sepanyol, Sergio Canales dalam babak pertama menerusi gol penyamaan Donny Van De Beek pada minit ke-47 aksi di Amsterdam Arena tersebut.

Keputusan tersebut menyaksikan skuad bimbingan Frank De Boer itu masih gagal mencatat kemenangan daripada lima perlawanan antarabangsa terakhir sejak kali terakhir berjaya menewaskan Poland 1-0 pada 5 September lalu. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI