fbpx

PRN: 200 anak muda sertai Bersatu, sokong Nurul Noh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Azree menyerahkan borang keahlian Bersatu kepada Muhyiddin pada program ceramah itu di Tanjong Karang, Kuala Selangor, malam tadi.

KUALA SELANGOR – Perikatan Nasional (PN) menerima tonik tambahan apabila lebih 200 anak muda menyatakan sokongan kepada calon kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang, Nurul Syaz­wani Noh dengan menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

Borang keahlian mereka diserahkan kepada Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin pada ceramah Restart Permatang, Ayuh Bangkit di Tanjong Karang di sini, malam tadi.

Wakil anak muda itu, Azree Husin, 36, berkata kesemua mereka terdiri daripada penduduk DUN berkenaan termasuk Kampung Bestari Jaya dan Kampung Bukit Belimbing.

Katanya, keputusan itu dibuat kerana yakin suara generasi belia dapat diperjuangkan Nurul bukan saja di Permatang malah di Tanjong Karang.

“Anak muda cuma mahu suara didengari wakil rakyat terutama melibatkan soal kebajikan dan peluang pekerjaan. Kami tidak mahu terus dimomokkan dengan senario politik caca merba dan hanya mahu pentadbiran kerajaan yang lebih stabil,” katanya.

Bagi Mohd Faizal Othman, 41, lebih ramai belia akan turut menyertai PN di seluruh DUN berkenaan.

Sementara itu, Nurul Syazwani yang juga Ketua Srikandi Muda Bersatu Tanjong Karang terharu dengan sokongan berkenaan yang disifatkan sebagai kebangkitan gelombang anak muda. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI