fbpx

Iniesta pilih UAE destinasi baharu karier

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
INIESTA dikaitkan menyertai Inter Miami bersama beberapa bekas pemain Barcelona, namun memilih untuk menyertai Emirates Club FC.

KOBE – Andres Iniesta meneruskan karier bola sepak profesionalnya pada usia 39 tahun apabila bersetuju untuk menyertai kelab Emiriyah Arab Bersatu (UAE), Emirates Club FC.

Ikon bola sepak Sepanyol itu dijangka menandatangani kontrak setahun dengan pilihan melanjutkan perjanjian satu musim lagi sehingga 2025.

Ia sekali gus menamatkan spekulasi mengaitkan Iniesta bakal menyertai bekas rakan sepasukannya di Barcelona iaitu Lionel Messi, Sergio Busquets dan Jordi Alba bersama Inter Miami ketika ini.

Malah, ia turut menjawab kepada desas-desus sebelum ini mengatakan Iniesta berkemungkinan besar bakal bersara sepenuhnya selepas meninggalkan kelab Jepun, Vissel Kobe bulan lalu.

“Beberapa bulan kebelakangan ini sangat sukar buat saya sehinggakan saya terfikir mahu bersara dan menutup buku bola sepak.

“Namun, saya masih menikmati permainan ini apabila turun ke padang. Jadi saya mengambil langkah seterusnya selari dengan emosi saya buat masa ini,” kata Iniesta.

Iniesta membuat keputusan untuk meninggalkan benua Eropah pada 2018 selepas 22 tahun menabur bakti bersama Barcelona dengan memenangi pelbagai kejuaraan bersama gergasi Sepanyol itu.

Sepanjang lima musimnya bersama Vissel Kobe, Iniesta berjaya memenangi dua trofi dengan meledak 26 gol daripada 134 perlawanan dalam semua kejohanan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI