fbpx

Cinta Laura muak dengar cerita gimik artis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
CINTA LAURA

PELAKON dan penyanyi Cinta Laura muak dengan trend hiburan semasa yang lebih mengangkat sensasi dan gimik berbanding bakat.

Cinta berkata, kebanyakan artis baharu hanya dikenali dengan kontroversi yang direka-reka demi meraih perhatian masyarakat.

“Mereka cantik, kacak, boleh berlakon atau menyanyi tapi gemar mencari sensasi supaya lebih perhatian,” ujarnya.

Penat dengan situasi itu, Cinta mengambil keputusan membina sebuah pusat untuk perkembangan bakat-bakat baharu dalam bidang seni.

“Saya bina pusat itu untuk menghapuskan trend sensasi, kita mahu anak muda dapat mengasah bakat yang mereka ada dalam bidang masing-masing.

“Mereka perlu diberi sokongan untuk menjadi terbaik sebelum terjun ke dunia seni,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI