fbpx

Atta Halilintar dituduh lokek bayar gaji pekerja

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Atta Halilintar dikatakan membayar gaji pemandunya dengan kadar bayaran terlalu sedikit.

PERSONALITI media sosial terkenal, Atta Halilintar dituduh menzalimi pekerja apabila membayar gaji pemandu peribadinya dengan kadar yang tidak setimpal.

Perkara tersebut didedahkan bekas pemandunya, Arman Sam yang mendakwa hanya mendapat gaji sekitar 3 juta rupiah (RM900) sebulan.

Tidak berdiam diri, suami Aurel Hermansyah itu tampil menepis dakwaan tersebut dan mencabar bekas pemandunya itu menunjukkan bukti.

Menurut Atta, dia tidak pernah membayar pekerja-pekerja dengan harga yang tidak wajar.

“Tidak pernah saya bayar dia serendah itu. Tapi tidak mengapalah kita lihat sahaja nanti. Kita akan ambil tindakan terhadap dia kerana memfitnah,” ujarnya.

Tambah Atta, bekas pemandu peribadinya itu juga tidak sesuai untuk bekerja sebagai pemandu kerana kurang cekap, malah mempunyai banyak alasan ketika bekerja.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI