fbpx

Seorang maut, dua cedera dirempuh pikap ketika berteduh di perhentian bas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan mangsa yang meninggal dunia akibat dirempuh sebuah pikap ketika berteduh di perhentian bas di Jalan Sebangkoi di sini.

SARIKEI – Seorang lelaki meninggal dunia, manakala adik perempuan dan seorang kanak-kanak lelaki cedera selepas dirempuh sebuah pikap ketika berteduh di perhentian bas di Jalan Sebangkoi di sini hari ini.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata, dalam kejadian yang dilaporkan kira-kira pukul 12.01 tengah hari, kesemua mangsa yang menaiki sebuah motosikal sedang berteduh di perhentian bas berkenaan kerana hujan.

“Setibanya di tempat kejadian, sebuah Toyota Hilux telah melanggar penunggang motosikal yang berhenti di perhentian bas semasa hujan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Katanya, mangsa yang berusia 39 disahkan meninggal dunia di tempat kejadian, manakala, adiknya yang berusia 27 tahun dan kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun itu telah dihantar ke Hospital Sarikei.

Selain itu, pemandu pikap terbabit, iaitu lelaki berusia 32 tahun turut cedera akibat tersepit di dalam kenderaan berkenaan. -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI