fbpx

Penghantar barangan tumbuk muka pelanggan tiga kali

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang penghantar barangan menumbuk penerima bungkusan sebelum melarikan diri dengan menaiki van (kanan) di sebuah blok perumahan di Yishun Street pada Khamis lalu. - MSNEWS

SINGAPURA – Seorang penghantar barangan bertindak menumbuk muka penerima bungkusan untuk ibunya sebanyak tiga kali  sehingga mengakibatkan kecederaan kecil di sebuah blok perumahan di Yishun Street pada Khamis lalu, lapor portal berita Goody Feed semalam.

Penerima bungkusan itu ialah seorang pemuda berusia 34 tahun. Mangsa  memberitahu akhbar Shin Min Daily News bahawa dia sedang tidur di rumah apabila dikejutkan oleh penghantar barangan tersebut.

Katanya, penghantar bungkusan tersebut yang menghantar bungkusan itu kemudian memintanya menandatangani borang pengesahan penerimaan kerana ibunya tiada di rumah.

“Saya bertanya kepadanya sama ada saya boleh menyemak bungkusan itu dahulu dan dia berkata tidak. Jadi, saya meminta dia balik dahulu dan datang semula untuk menghantar barang,” tambahnya.

Katanya, penghantar itu kelihatan sangat tidak sabar selepas mendengarnya malah memaki hamunnya  beberapa kali.

Pemuda tersebut kemudian menolak penghantar barangan  itu yang kemudian bertindak balas dengan menumbuk mukanya sebanyak tiga kali.

Dia yang marah bertindak menghubungi polis manakala pengantar barang itu segera melarikan diri dari tempat kejadian tetapi pemuda tersebut berjaya merakamkan gambar van yang dipandunya. – Agensi

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI