fbpx

Dulu sahabat kini dia ibu tiriku

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Meskipun terkejut, Silva tetap merestui perkahwinan bapanya dengan rakannya. – TikTok

JAKARTA – Seorang remaja menjadi perhatian pengguna media sosial Indonesia selepas berkongsi gambar majlis perkahwinan bapanya yang mengahwini rakannya sendiri, lapor portal berita Wolipop hari ini.

Dalam video yang dimuat naik di laman TikTok, remaja perempuan bernama Silva Nabila Dwi Andini, 19, berkongsi  gambar dia bersama bapa dan ibu tirinya yang juga rakannya.

“Ibuku adalah sahabatku,” demikian menurut keterangan video tersebut.

Menurut Silva, dia dan ibu tirinya itu merupakan rakan sekolah, namun berada dalam kelas berbeza. Mereka bagaimanapun pernah bersahabat baik ketika kanak-kanak.

“Kami menjadi rakan selepas bapa pengantin perempuan (ibu tiri) sering membawa dia ketika bekerja dengan bapa saya dahulu.

“Kami sering bermain bersama-sama dan menjadi rakan baik,” ujarnya.

Namun, Silva berkata, persahabatan mereka tidak bertahan lama kerana terputus hubungan, namun bertemu semula ketika bersekolah rendah.

“Sepanjang persekolahan, kami tidak bertegur sapa,” ujarnya. 

Tambah Silva, dia mengetahui bapanya mahu berkahwin dengan rakannya itu pada 10 Julai lalu.

“Sudah pasti saya terkejut, namun tidak menghalang perkahwinan mereka,” katanya yang kini tinggal bersama ibu kandungnya selepas wanita itu bercerai dengan bapanya.

Kata Silva, meskipun kini rakannya itu menjadi ibu tirinya, dia tetap memanggilnya dengan panggilan nama. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI