fbpx

Polis gempur kondo mewah jadi pusat judi online

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Noor Dellhan menunjukkan kediaman pusat judi dalam talian yang diserbu di Jalan Kia Peng, kelmarin.

KUALA LUMPUR – Menyewa sebuah kondominium mewah dengan bayaran RM7,000 untuk menjalankan kegiatan haram.

Itulah modus operandi yang dilakukan satu sindiket perjudian online bagi mengelak kegiatan mereka dihidu pihak berkuasa.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya berkata, berdasarkan melalui maklumat dan risikan, pihaknya menyerbu kediaman tersebut yang terletak di Jalan Kia Peng, di sini pada pukul 6.30 petang kelmarin.

Menurut beliau, dalam serbuan itu, pihaknya menahan tiga lelaki asing berusia 51 hingga 61 tahun dipercayai bertanggungjawab mengendalikan pusat panggilan dan laman sesawang judi online.

“Sindiket tersebut dipercayai sudah beroperasi selama sebulan. Kita merampas telefon bimbit, komputer riba, unit pemprosesan pusat (CPU), monitor, modem dan router,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis (IPD) Dang Wangi, di sini hari ini.

Menurutnya, sindiket perjudian online itu mengenakan taruhan bermula RM100,000 bagi setiap pemain.

“Kesemua suspek yang ditahan memasuki negara ini secara sah pada Mei lalu dan awal bulan ini. Kes ini masih dalam siasatan dan kita akan selesaikan secepat mungkin,” katanya.

Tambah Dellhan, suspek pertama direman tiga hari sehingga esok, manakala dua lagi suspek disambung reman dua hari lagi sehingga Rabu ini.

Kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan dan Akta Rumah Judi Terbuka.

Dalam perkembangan lain, Noor Dellhan berkata, sebanyak 14 serbuan dibuat ke atas pusat panggilan melibatkan 107 tangkapan pada tahun ini.

“Angka ini lebih tinggi berbanding tahun lalu yang mencatatkan sebanyak lapan serbuan melibatkan 82 tangkapan,” ujar beliau. – KOSMO! ONLINE7

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI