PETALING JAYA – Syarikat perbankan Maybank memaklumkan perkhidmatan laman webnya serta aplikasi perbankannya iaitu MAE dan M2U kini mengalami gangguan dan tidak dapat digunakan.
Maybank melalui ciapan di Twitter berkata, pembayaran menggunakan kad debit dan kad kredit miliknya juga sedang tergendala.
“Kami memohon maaf atas segal kesulitan dan masalah ini akan diselesaikan secepat mungkin.
“Untuk bantuan, sila hubungi kami melalui Direct Message atau hubungi Maybank Group Customer Care di 1-300-88-6688 (Malaysia) atau +603-7844 3696 (luar negara),” ciapnya tadi.
Terdahulu, kecoh di media sosial apabila orang ramai panik akaun Maybank mereka menunjukkan baki RM0.
Beberapa pengguna juga memaklumkan aplikasi MAE tidak dapat digunakan sejak dari pagi tadi. – KOSMO! ONLINE