fbpx

PRN: Anwar ke Kedah bagi program ‘Grand Finale’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Saifuddin bersama Asmirul Anuar menyantuni golongan buskers di Pasar Besar Alor Setar, hari ini.

ALOR SETAR – Datuk Seri Anwar Ibrahim bersetuju turun ke Kedah bagi melaksanakan program ‘Grand Finale’ pada 11 Ogos ini sebagai usaha terakhir untuk berkempen bagi calon-calon Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) kali ini.

Ketua Setiausaha PH, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, persetujuan tersebut dinyatakan Perdana Menteri melalui panggilan telefon yang dibuatnya pada semalam.

Katanya, langkah itu merupakan ikhtiar terakhir kedua-dua gabungan berkenaan bagi memenangi hati rakyat negeri ini sebelum pengundian pada 12 Ogos ini.

“Semalam saya sempat hubungi Perdana Menteri meminta supaya dimasukkan jadual ‘Grand Finale’ itu di Kedah. Perdana Menteri bersetuju untuk melaksanakannya pada 11 Ogos dan programnya akan dimulakan dengan solat Jumaat di sini.

“Jadualnya akan kami susun seharian di Kedah. Setakat ini ‘confirm’ Perdana Menteri secara fizikalnya akan berada di Kedah untuk berkempen atas tema ‘Grand Finale’,” katanya ketika hadir membantu kempen penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kubang Rotan, Asmirul Anuar Aris di Pasar Besar Alor Setar di sini, hari ini.

Beliau berkata, kunjungan Anwar akan dilakukan di dua bahagian iaitu di Alor Setar dan Sungai Petani.

“Ini adalah ikhtiar kami untuk berusaha sehingga saat akhir,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI