fbpx

Dua ditahan guna surat sokongan Ketua Polis Perak kutip derma

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

IPOH – Polis menahan dua remaja lelaki warga Thailand berusia 17 tahun selepas didapati menyalahguna surat sokongan ditandatangani Ketua Polis Perak bagi tujuan mengutip derma.

Kedua-dua suspek yang menjalankan kegiatan meminta sedekah tanpa kebenaran itu, ditahan pada pukul 4.30 petang semalam, di hadapan sebuah bank di Gopeng.

Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd. Yusri Hassan Basri berkata, pemeriksaan ke atas kedua-dua suspek mendapati pas lawatan seorang daripada mereka telah tamat tempoh.

Katanya, siasatan mendapati mereka masuk ke negara ini menggunakan pas lawatan dan menjadi sukarelawan bagi Pertubuhan Kebajikan Raudhah Malaysia yang beralamat di Taman Ipoh.

“Suspek didapati secara salah menggunakan surat sokongan yang ditandatangani Ketua Polis Perak dengan memegang tabung yang telah dilekatkan surat itu bagi tujuan meminta derma di kawasan Gopeng.

“Kedua-dua suspek ditahan untuk siasatan di bawah Seksyen 3(3) Akta Pungutan Derma Rumah Ke Rumah dan Jalan 1947 dan Seksyen 55B Akta Imigresen 1959/1963,” katanya di sini hari ini.

Menurut beliau, orang ramai diingatkan agar tidak sesekali menyalahgunakan kebenaran yang diberikan bagi tujuan yang tidak sah di sisi undang-undang.

“Sebarang maklumat berkaitan kegiatan seumpama itu boleh melaporkan kepada balai polis berhampiran agar tindakan dapat diambil,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI