fbpx

PRN: Cukuplah tiga penggal untuk Ahmad Yunus

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Al Hafizi (empat dari kiri) menunjukkan manifesto Proklamasi Sijangkang pihaknya, hari ini.

KUALA LANGAT – Para pengundi khususnya di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sijangkang seharusnya mengambil langkah drastik dengan membawa angin perubahan kepada pemimpin baharu untuk menjaga kawasan tersebut.

Calon dari Barisan Nasional (BN), Mohd. Al-Hafizi Abu Bakar berkata, banyak infrastruktur melibatkan kawasan itu seperti jambatan Saujana Putra, perpustakaan dan perparitan yang merupakan kemudahan asas kepada penduduk gagal diselesaikan penyandangnya yang juga calon Pas mewakili Perikatan Nasional (PN), Datuk Dr. Ahmad Yunus Hairi.

Katanya, langkah perubahan itu adalah selaras dengan naratif kempen pernah dibawa Ahmad Yunus sebelum ini yang meminta pengundi memilihnya bagi menggantikan Datuk Abdul Fatah Iskandar (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-12.

“Jika 15 tahun (Ahmad Yunus) menduduki kerusi ini, namun masalah berkenaan gagal diselesaikan, apa lagi boleh diharapkan untuk memastikan beliau terus menjadi wakil rakyat.

“Sudah masanya, pengundi membuka mata dan berani membuat perubahan demi kemudahan mereka dalam tempoh lima tahun akan datang,” katanya selepas mengumumkan manifestonya iaitu Proklamasi Sijangkang, hari ini.

Jelas beliau, Pesuruhjaya Pas Selangor itu sepatutnya hanya bergerak sebagai Ahli Parlimen Kuala Langat sahaja selepas dipilih pada PRU15 lalu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI