fbpx

PRN: 97,388 pengundi awal tunai tanggungjawab esok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Seramai 97,388 pengundi awal Pilihan Raya Negeri (PRN) terdiri daripada anggota pegawai Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan polis bersama pasangan akan menunaikan tanggungjawab mereka di enam negeri esok.

Menurut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), pengundian awal turut melibatkan Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Terengganu, susulan keputusan Mahkamah Pilihan Raya Terengganu pada 27 Jun yang membatalkan kemenangan calon Pas, Datuk Ahmad Amzad Hashim.

Daftar Pemilih Pilihan Raya akan digunakan untuk PRN di Kedah, Kelantan, Terengganu, Pulau Pinang, Selangor dan Negeri Sembilan serta PRK Kuala Terengganu adalah daftar pemilih terkini yang dikemas kini sehingga 21 Jun 2023.

Daripada jumlah tersebut, seramai 49,660 anggota ATM dan 47,728 anggota polis bersama pasangan masing-masing akan mengundi di 260 pusat mengundi awal yang terdapat 377 tempat mengundi atau saluran awal bagi PRN.

Sementara PRK Kuala Terengganu pula akan melibatkan pengundi awal yang terdiri daripada 1,362 anggota polis dan 35 anggota tentera bersama pasangan dengan empat pusat mengundi awal dibuka di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Terengganu.

Semua pusat pengundian awal bagi PRN di enam negeri dan PRK Parlimen Kuala Terengganu akan dibuka serentak pada pukul 8 pagi dan akan ditutup secara berperingkat mengikut kedudukan kawasan pusat mengundi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI