fbpx

Puteri Sarah sedih tak dapat hadir hari sukan anak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PELAKON Puteri Sarah (tengah) sedih tidak dapat hadir ke hari majlis hari sukan kedua anaknya disebabkan baru sahaja menjalani pembedahan lasik mata.

PETALING JAYA – Pelakon Puteri Sarah Liyana menjelaskan ketiadaannya pada hari sukan sekolah dua anaknya, Syaikhul dan Sumayyah pada Sabtu lalu disebabkan nasihat doktor yang memintanya berehat selepas menjalani pembedahan lasik matanya.

Meskipun terlepas momen manis tersebut, Puteri Sarah, 37, bersyukur kerana bekas suami, Syamsul Yusof hadir pada acara tersebut bagi memberi sokongan kepada dua anak mereka.

“Sedih sangat tidah boleh hadir ke hari sukan sebab perlu berehat selepas hari ketiga menjalani pembedahan lasik, doktor tak bagi keluar rumah.

“Terima kasih Syamsul, mama, penjaga anak-anak dan pembantu rumah yang hadir memberi sokongan kepada Syaikhul dan Sumayyah,” katanya dalam Instagram baru-baru ini.

Sementara itu, bintang drama Hijrah Jannah itu turut berasa bangga melihat Syaikhul terpilih untuk membaca surah acara pembukaan hari sukan tersebut.

Dia juga berdoa agar Syaikhul menbesar menjadi lelaki yang baik dan mampu menjaga dirinya dan adik perempuan kelak.

“Satu kebanggaan apabila Syaikhul Islam dipilih untuk mengetuai bacaan surah al-Fatihah pada acara pembukaan.

“Semoga jadi anak yang soleh, Syaikhul Islam. Mama dan ayah telah mendidik kamu dengan baik.

“Semoga Syaikhul menjadi ketua yang bijak, disegani, keperibadian yang baik, hormat orang tua. Syaikhul bermaksud ‘Sheikh’, jaga mama dan adik okey,” ujarnya.

Sejak semalam, tular video yang dikongsi Syamsul memaparkan dia hadir ke acara hari sukan sekolah dua anaknya.

Menerusi video tersebut, pengarah filem Kebangkitan Pahlawan: Mat Kilau itu dilihat mendukung, memeluk Syaikhul dan Sumayyah.

Bukan sahaja meraih pujian, ramai juga yang melontarkan pertanyaan mengenai ketiadaan kelibat isterinya, Ira Kazar pada majlis tersebut.

Terdahulu, Syamsul dan Puteri Sarah disahkan bercerai talak satu pada 13 Jun lalu selepas sembilan tahun mendirikan rumah tangga.

Sebelum itu, sekitar Januari lalu, Syamsul mengejutkan ramai apabila mengesahkan sudah bernikah dengan Ira Kazar di Thailand. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI