fbpx

Cuaca cerah seluruh negara pagi ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan cuaca cerah hampir di seluruh negara, pagi ini.

Menurut laporan MetMalaysia di laman Facebook, cuaca buruk diramal berlaku di Sabah dan Sarawak sehingga pukul 12 tengah hari.

“Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka berlaku di Sarikei (Sarikei dan Meradong) dan Mukah (Tanjung Manis dan Daro), Sarawak.

“Di Sabah pula, cuaca buruk diramal berlaku di kawasan Pedalaman (Kuala Penyu) dan WP Labuan,” katanya dalam hantaran sama.

Tambah MetMalaysia, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimiter sejam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI