fbpx

Wanita rugi RM67,650 diperdaya cinta maya James Huong

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

SIBU – Seorang pesara pengasuh taman asuhan, di sini, mengalami kerugian sebanyak RM67,650 akibat dilamun cinta maya dengan seorang lelaki kononnya dari USA.

Ketua Polis Daerah Sibu, Asisten Komisioner (ACP) Zulkipli Suhaili, berkata, wanita tempatan berusia dalam lingkungan 50-an itu berkenalan dengan suspek dikenali sebagai James Huong, melalui Facebook sejak pertengahan tahun 2020.

Katanya suspek juga telah memberitahu mangsa yang dirinya bekerja sebagai arkitek dan mempunyai seorang anak yang masih kecil.

Selain itu, beliau berkata suspek juga mengatakan akan datang ke Sibu dan memberikan kata-kata manis dengan berjanji akan mengahwini mangsa.

“Pada 27 Oktober 2022, mangsa telah diminta membayar yuran persekolahan anak suspek di USA atas alasan masih bekerja di pesisir pantai dan tidak dapat balik ke USA.

“Atas rasa cinta, mangsa bersetuju
memberikan wang sebanyak RM7,000 kepada suspek dan dijanjikan akan dibayar balik,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Selain itu, Zulkipli berkata sekitar Mei 2023, mangsa dijanjikan hadiah berupa wang tunai USD yang akan dipindahkan ke akaun mangsa dan ia membuat mangsa berasa teruja.

Bagaimanapun, katanya mangsa yang membuat semakan mendapati tiada kemasukan wang seperti yang dijanjikan dan suspek memaklumkan berlaku masalah akaun dan perlu mendapat kebenaran Bank Negara untuk kemasukan mata wang USD, dengan mangsa diminta membuat bayaran untuk membolehkan pindahan wang
dilakukan.

Katanya mangsa kemudian menuruti dan telah membuat pembayaran secara berperingkat ke dalam beberapa akaun bank tempatan bermula 11 Mei 2023 sehingga 4 Ogos 2023, berjumlah RM67,650 menerusi 25 kali transaksi.

Zulkipli berkata mangsa merasakan dirinya diperdaya apabila ditegur oleh anak
saudaranya, sebelum tampil membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sibu semalam.

Susulan itu, katanya satu kertas siasatan di buka di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI