fbpx

Shereen mampu pecah rekod 100m

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SHEREEN mencipta rekod 200m baharu kebangsaan dengan catatan 23.33s pada aksi Ed Murphey Classic di Memphis, Tennessee, AS kelmarin.

TIDAK mustahil pelari 400 meter (m) wanita negara, Shereen Samson Vallabouy menyambar status ratu pecut Malaysia de­ngan memadam rekod 100m kebangsaan berdasarkan prestasi semasanya.

Shereen, 25, mencipta sensasi apabila mencipta rekod 200m baharu kebangsaan dengan catatan 23.33 saat (s) pada aksi Ed Murphey Classic di Memphis, Tennessee, Amerika Syarikat (AS) kelmarin.

Ia sekali gus meleburkan rekod lama berusia 25 tahun iaitu 23.37s dilakukan legenda olahraga, G. Shanti di Fukuoka, Jepun pada 1998.

Bagaimanapun, ibu kepada Shereen, Josephine Mary Singarayar yang masih memegang rekod 800m kebangsaan dilakukannya sejak 1986, tidak mahu meletakkan harapan tinggi kerana fokus anaknya acara 400m.

“Kita tumpang gembira sekiranya ia berlaku dalam persediaan sekarang kerana matlamatnya adalah acara 400m. Segala kejayaan ini adalah antara cara untuk dia tingkatkan larian 400m.

“Dia perlukan kelajuan yang bagus untuk mengekalkan larian 400m. Dia berlatih dengan bagus dan kelajuannya juga meningkat. Saya sangat gembira kalau dia boleh pecahkan lagi rekod 400m kebangsaan,” katanya.

Ini adalah rekod kebangsaan ketiga dipegang Shereen yang berlatih profesional sepenuh masa di AS selepas terdahulu mencipta rekod 400m dengan masa 51.80s dan 400m dalam dewan menerusi catatan 53.79s.

Menariknya, G. Shanti juga tidak menolak kemungkinan Shereen atau mana-mana pelari pecut lain seperti Zaidatul Husniah Zulkifli untuk memadam rekod 100m kebangsaannya, 11.50s yang kini sudah berusia 30 tahun sejak diciptanya pada 1993.

Sebagai rekod, Zaidatul Husniah kekal terpantas 100m setakat ini dengan rekod peribadinya 11.59s, diikuti Shereen di ran­king kedua dengan catatan terbaik 11.89s.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI