fbpx

KPM komited tambah baik fasiliti MBPK

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Fadhlina (kanan) ketika merasmikan SMKPK Bumbong Lima, Kepala Batas, di sini hari ini.

SEBERANG PERAI – Kementerian Pendidikan (KPM) serius dalam menambah baik akses pembelajaran bagi memastikan tidak berlaku keciciran dalam kalangan pelajar terutama murid berkeperluan pendidikan khas (MBPK).

Menterinya, Fadhlina Sidek, berkata, pihaknya komited menyediakan akses pendidikan berkualiti dan kondusif yang dapat dimanfaatkan golongan terbabit.

“Kita beri tumpuan penuh keperluan anak-anak terutamanya golongan MBPK kerana mahu memastikan mereka tidak akan ketinggalan dalam pelajaran.

“Selain itu, kita turut akan pastikan tiada murid yang dinafikan daripada mendapat pendidikan sewajarnya termasuklah anak Orang Asli dan kanak-kanak tanpa dokumen.

“Saya percaya anak-anak ini juga boleh menyumbang kepada pembangunan dan kemajuan negara, paling penting kita kena sediakan fasiliti yang mencukupi,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita, selepas merasmikan Sekolah Menengah Kebangsaan Pendidikan Khas (SMKPK) Bumbong Lima, Kepala Batas, di sini sini, hari ini.

Hadir sama, Pengarah Bahagian Pendidikan Khas, Salmah Jopri dan Pengarah Jabatan Pendidikan Pulau Pinang, Abdul Rashid Abdul Samad.

SMKPK Bumbong Lima yang mampu menempatkan sekurang-kurangnya 192 pelajar berkeperluan khas bakal memulakan operasi pada Oktober depan.

Mengulas lanjut, Fadhlina berkata, sekolah pendidikan khas yang ke-35 di Malaysia itu dilengkapi fasiliti terbaik antaranya 24 bilik darjah dan empat buah bengkel Pendidikan Vokasional Menengah Atas.

“Saya telah melihat secara keseluruhan sekolah ini tadi dan kita mempunyai harapan yang cukup tinggi dan besar agar sekolah ini akan menerajui kemajuan dan kejayaan murid-murid berkeperluan khas khususnya bagi segmen-segmen yang akan diberikan pengkhususan selepas ini,” katanya.

Projek yang menelan belanja sebanyak RM47.5 juta itu diluluskan dalam Rancangan Malaysia ke-11 (RMKe-11) Roling Plan 1 Tahun 2016.

Terdapat empat bengkel vokasional yang disediakan antaranya penyediaan dan pembuatan makanan, servis dan penyelenggaraan motosikal, perkhidmatan estetik dan artis multimedia visual. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI