fbpx

Jual telur masin peroleh RM6,000 sebulan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Nordin (kiri) dan Noorsham menyusun telur itik untuk diproses menjadi telur masin di Kampung Rantau Panjang, Klang semalam.

KLANG – Tindakan nekad seorang bekas pekerja am di Pelabuhan Utara, dekat sini, menceburi bidang perniagaan telur masin bermodalkan RM10,000 memberi hasil lumayan apabila meraih pendapatan RM6,000 sebulan.

Pendapatan tersebut adalah sekali ganda daripada gaji diperolehnya iaitu RM3,000 sebulan setelah bekerja lebih 20 tahun di pelabuhan tersebut.

Menurut Nordin Hamid, 57, perniagaan yang diusahakan sejak empat tahun lalu bersama isteri, Noorsham Abdullah, 59, menjadi sumber pendapatan baharu buat keluarganya pada usia menjangkau warga emas.

“Dalam sebulan dianggarkan 15,000 biji telur masin terjual untuk pasaran sekitar Lembah Klang. Faktor usia menyebabkan saya perlu mencari pendapatan baharu memandangkan sebelum ini saya bekerja mengikut syif.

“Lagipun, menerusinya saya mempunyai lebih masa bersama tiga anak berusia 27 hingga 34 tahun yang kadangkala membantu perniagaan ini,” katanya ketika ditemui di Kampung Rantau Panjang, di sini semalam.

Nordin yang berasal dari Hutan Melintang, Perak berkata, dia mempelajari cara membuat dan penjagaan telur masin daripada Youtube selain mereka telah lama bergiat dalam bidang itu.

Katanya, bekalan telur itik itu diperoleh daripada pembekal di sekitar Pantai Remis, Perak.

“Cabarannya adalah terdapat telur yang retak dan pecah ketika membeli ribuan biji daripada pembekal.

“Apabila pecah, telur itik itu tidak boleh diproses kerana isi­nya jadi terlampau masin setelah menjalani proses rendaman selama dua minggu,” katanya.

Tambahnya, dia kini dalam proses mengembangkan perniagaan terutama dalam pembelian mesin bagi pemprosesan telur dan rendaman berbanding ketika ini dibuat secara tradisional.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI