fbpx

Pahang Rangers hampir julang kejuaraan MPFL

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HARITH meraikan jaringannya ketika membantu Pahang Rangers menewaskan JDT 7-3 di Stadium Tertutup Sukpa kelmarin.

PAHANG Rangers semakin menghampiri kejuaraan Liga Premier Futsal Kebangsaan (MPFL) selepas menundukkan Johor Darul Takzim (JDT) 7-3 di Stadium Tertutup Sukpa kelmarin.

Peluang untuk bergelar juara kian terbuka luas dan hanya perlu mengelak daripada tewas besar pada final kedua di Pasir Gudang, Johor 14 Ogos ini.

Jurulatih Pahang Rangers, Gerard Casas nyata berpuas hati dengan prestasi yang ditunjukkan oleh barisan pemain perlawanan tersebut.

“Saya amat gembira dengan keputusan ini, malah pemain dan penyokong cukup luar ­biasa bagi memastikan kejayaan ini,” katanya.

Untuk rekod, Pahang­ ­Ran­gers pernah muncul naib juara pada 2019 dan 2022 apabila tewas kepada Selangor MAC.

Pada perlawanan kali ini, tuan rumah pamer kebangkitan dengan menyaksikan Harith Naim Nasir muncul wira Pahang Rangers dengan menyumbangkan empat gol.

Terdahulu Awaludin Mat Nawi meletakkan JDT di depan, namun Harith kembali menya­makan kedudukan.

Seterusnya Sufri Shamir meletakkan Pahang Rangers di depan sebelum Harith Naim meledak tiga lagi gol diikuti dua gol daripada Sergio Jamur.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI