fbpx

Pelari Somalia tegaskan kaki cedera, terpaksa lari perlahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NASRA dikritik hebat selepas lariannya dalam acara pecut disifatkan seperti berjoging. – CBS NEWS

MOGADISHU, Somalia – Pelari dari Somalia, Nasra Abubakar Ali, yang menerima kecaman ramai selepas berlari dengan amat perlahan ketika menyertai acara pecut 100 meter tampil mempertahankan dirinya dengan mendakwa bahawa kakinya mengalami kecederaan, lapor portal berita Citizen Digital.

Dalam klip video yang tular di media sosial, Nasra dilihat berlari dalam keadaan seperti berjoging ketika bertanding dalam kejohanan Sukan Universiti Dunia di China minggu lalu.

Dia menamatkan larian dalam masa 21 saat, hampir dua kali ganda daripada masa dicatatkan juara acara itu, Gabriela Silva Mourao, iaitu 11.58 saat.

Selepas menerima kecaman hebat, Nasra menjelaskan bahawa meskipun kakinya mengalami kecederaan, dia tetap komited untuk menamatkan larian tersebut.

“Somalia sepatutnya tidak layak untuk memasuki perlumbaan itu, namun saya tetap berlari dalam keadaan kaki yang sakit. Sebaliknya, saya dikritik hebat,” katanya.

Susulan kejadian itu, Kementerian Belia dan Sukan Somalia menggantung tugas Pengerusi Persekutuan Olahraga Somalia, Khadija Aden Dahir selepas dia dituduh melakukan penyalahgunaan kuasa dan nepotisme disebabkan Nasra ialah anak saudaranya. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI