AKTRES jelita Scarlett Johansson disenaraikan sebagai selebriti wanita yang memiliki bentuk badan paling sempurna di Hollywood.
Menurut laporan yang dikeluarkan oleh Golden Ration, tubuh pelakon berusia 38 tahun itu memperoleh jumlah parameter sebanyak 1.560 atau 96.4 peratus berbanding mata sempurna iaitu 1.618.
Kesempurnaan tubuh pelakon yang terkenal menerusi watak adiwira Black Widow itu melayakkan dirinya berada di posisi pertama.
Berdasarkan pemerhatian pakar, tubuh Johansson dikatakan begitu sempurna bermula daripada potongan pinggangnya, bentuk payu dara dan punggung.
Berada di posisi kedua selepas Johansson ialah Kim Kardashian.