fbpx

Lelaki gusar, teman wanita ingin hidup mewah lepas kahwin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Seorang lelaki gusar untuk meneruskan perkahwinan kerana bimbang tidak mampu menyara pasangannya yang ingin hidup mewah.

Menurut hantaran yang tular di Facebook, lelaki itu meluahkan rasa takut untuk meneruskan perkahwinan kerana bimbang tidak dapat menyara bakal isterinya kelak.

“Saya dan teman wanita merancang untuk berkahwin tahun hadapan. Buat masa ini, gaji dia (teman wanita) lebih tinggi daripada saya. Tetapi, saya sedang berusaha untuk memajukan kerjaya agar berada di tahap sama dengan teman wanita.

“Cumanya, pada awal perkenalan lagi teman wanita sudah bersungguh-sungguh menyuruh saya membayar ansuran kereta. Dia juga mahu tinggal di rumah yang mahal, lengkap dengan pembantu rumah,” katanya.

Menerusi hantaran sama, teman wanita lelaki itu turut menegaskan permintaan itu adalah tanggungjawab seorang suami.

“Untuk permulaan, saya hanya boleh bayar separuh ansuran kereta, sewa rumah dan memberi nafkah untuk isteri sahaja.

“Sebagai lelakj, saya ingin memberikan yang terbaik untuk bakal isteri, tetapi permintaannya membuatkan saya risau andai tidak mampu memberikan apa yang dikehendaki,” jelasnya dalam hantaran sama.

Tambahnya, dia melakukan pelbagai kerja sampingan untuk menambah pendapatan.

Meninjau ke ruangan komen, ramai yang bersimpati dengan nasib pemuda tersebut termasuk ada yang memberikan nasihat dan berkongsi pengalaman masing-masing.

“Kerja dahulu, fokus pada diri sendiri, ibu ayah dan adik-beradik. Teman wanita awak tu, biarlah dia kahwin dengan lelaki lain yang lebih kaya.

“Akak nampak awak rajin. Apa yang penting, minta restu dan doa mak ayah. Cari rezeki halal dan sentiasa majukan diri,” kata Lina.

“Tinggalkan sahaja dik. Biar kecewa sekarang daripada merana di kemudian hari. Itu baru ‘demand’ (minta) sikit. Belum lagi mak ayah, adik beradik dia lagi,” pesan Mas. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI