fbpx

Shila Amzah desak Ubai terus kembangkan sayap

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Shila Amzah mendesak suaminya Ubai untuk terus mengembangkan sayap dalam dunia seni.

KUALA LUMPUR – Penyanyi Shila Amzah mahu menjadi penyokong nombor satu karier suaminya yang juga pensohor media sosial, Ubai supaya terus melebarkan lagi langkah dalam arena seni.

Perkara tersebut diluahkan pemilik nama asal Nurshahila Amir Amzah itu yang mengakui akan terus menyokong apa jua aktiviti suaminya untuk lebih berjaya.

“Saya memang desak dia untuk kembangkan lagi sayapnya dalam membina karier.

“Untuk pergi jauh saya tidak mahu digelar penting diri kerana memaksa orang untuk ikut cakap saya.

“Apa dia boleh cari dalam karier, teruskan. Saya mahu tengok dia berjaya untuk pertumbuhan peribadi,” kata Shila kepada Kosmo! Online semalam usai selesai majlis akad nikahnya.

Pada masa sama, Ubai turut memaklumkan, tidak menghalang kerjaya isteri sebagai penyanyi walaupun harus menjelajah ke luar negara.

Memikirkan kerjaya peribadi, Ubai atau nama lengkap Muhammad Ubaidillah Mohd. Zulkefli, 25, akui banyak perlu dipelajari untuk bergerak ke hadapan dalam kerjayanya.

“Ke mana dia mahu pergi, saya tidak akan halang dan persoalkan kerana dia seorang penyanyi.

“Dia juga tidak pernah menghalang kerjaya saya. Terpulanglah, apa yang dia mahu lakukan, asalkan dia gembira.

“Saya memang dalam industri media di belakang tadbir selama tiga tahun. Jadi, banyak lagi perlu belajar,” ujar pempengaruh TikTok itu.

Semalam, tepat pukul 10.27 pagi, Shila selamat bergelar isteri kepada Ubai dengan sekali lafaz di Boathouse Ampang.

Sebelum ini, pasangan itu mengikat tali pertunangan pada 27 Mei lalu yang berlangsung secara tertutup.

Shila yang juga bergelar ibu tunggal kepada seorang cahaya mata pernah mendirikan rumah tangga bersama Haris Idraki Elias pada April 2018, namun bercerai pada Februari 2022. Hasil perkongsian hidup, Shila dikurniakan seorang anak lelaki bernama Seth Uwais. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI